Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Isnin, 31 Oktober 2011

Sebagai Renungan


Bukan kerana hari ini INDAH, kita BAHAGIA.. Tapi kerana kita BAHAGIA hari ini menjadi INDAH..
Bukan kerana tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS..Tapi kerana kita OPTIMIS, RINTANGAN menjadi tidak terasa.
Bukan kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH.. Tapi kerana kita YAKIN BOLEH maka semuanya menjadi MUDAH.
Bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM.. Tapi kerana kita TERSENYUM maka semua menjadi BAIK..
Tak ada hari yang menyulitkan kecuali kita sendiri yang membuatnya sulit...

Jumaat, 28 Oktober 2011

jOm solat!!


Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
Ruginya orang cantik tak solat, Saiditina Aisyah yang cantik pun solat.
Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad s.a.w yang miskin pun solat.
Ruginya kanak-kanak tak solat, Hasan dan Husin masa kanak-kanak pun solat.

p/s : Sesungguhnya solat  itu tiang agama.
       Jom kita solat, jangan sampai tiang agama kita roboh. Remember each other, wee :)

Khamis, 27 Oktober 2011

Buat mata yang sedang menangis T_T


Mungkin ketika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air mata yang mengenangi kelopak matamu dan mengalir di pipi ialah anugerah Allah s.w.t. yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa, bersyukurlah kepadaNya kerana sehingga saat ini kau masih mampu menangis.

ADUH!!
Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan,sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya dan "mereka menyungkur (sujud) di atas muka bumi mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (surah Al-Isra':109)
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur akur dan bersujud dan menangis (Surah Maryam: 58)

DUHAI MATA YANG MENANGIS...
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisan mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit merbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur bahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan menguasai jiwa.SubhanAllah, hebat sungguh ciptaan air mata.

DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS...
tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan, ia meringankan ketegangan jiwa, ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban tersimpan.

Jika kau lelaki kenapa perlu malu pada tangisan?? mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punya hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayangNya Allah s.w.t. padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih banyak daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukan kau menangis empat kali lebih banyak dari lelaki. Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluarnya perarusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu, anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untyuk mencari ketenangan hidup. Dengarlah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah s.w.t." (Riwayat Ahmad dan Al-nasa'i)

Selasa, 25 Oktober 2011

Buat Insan Yang Diuji.


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Engkau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi Ya Allah, hambamu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini Ya Allah.

Buat insan yang diuji,bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.Seperti Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, Ayat 214 bermaksud :

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan mahluk-mahlukNya).

Buat insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan engkau semakin dekat denganNya. Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya?
Bersyukurlah, bersukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah s.w.t.

Ahad, 23 Oktober 2011

~ Memilih Sahabat ~


Kita kena berkawan dengan semua orang tapi kita tidak boleh bersahabat dengan semua orang...

Daripada Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."

(Riwayat Al-Tarmizi dan Al-Hakim)

pengajarannya :-

Kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah sesuatu ketenangan dalam jiwa.

Rabu, 19 Oktober 2011

kahwin


KAHWIN HANTARAN MURAH> "ish! murahnya hantaran dia, nie mesti sengkek ni!"
KAHWIN HANTARAN MAHAL>"ish! mahalnya? nak jual anak apa??"
KAHWIN UMUR MUDA> "ish! muda-muda dah kahwin, nie mesti ader buat benda-benda tak baik nie..ntah2 dah termengandung!"
KAHWIN UMUR LAMBAT> "ish! dah tua baru nak kahwin, tue la muda-muda tak nak kahwin, orang dah beranak pinak dia baru nak kahwin..tak laku kOt!"
KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL> "ish! nie kahwin ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape. bukan selalu pun,buatlah besar sikit!"
KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR> "ish! besarnya majlis..kalah anak DATUK. nak berlagaklah tue, macam anak die je nak kawen kat dunia nie!"

Alahai manusia....manusia...



BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH S.W.T.!! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Betapa berharganya seorang WANITA ^o^


kenapa??

kerana...

ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita Tuhan??"

Tuhan menjawab, "Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua  tangannya mampu menjaga banyak anak pada masa yang sama, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan."

Malaikat menjawab dan takjub, "hanya denagn dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, " Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa??, tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begiru bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah s.w.t. berfirman :

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia harus menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia. Namun, harus cukup kuat lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain meyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh,"

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya,"

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT, HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU  LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


Isnin, 17 Oktober 2011

Nak jadi gula-gula yg mana??

Seorang lelaki non-muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim...

lelaki non- muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula di dalam koceknya, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. Kemudian dia lemparkan kedua gula-gula itu ke atas lantai. Lalu bertanya kepada lelaki non -muslim " Antara kedua-duanya mana satu yang kamu akan pilih?

Lelaki non- muslim : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan.

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati wanita agar lebih terpelihara dan istimewa.

Ahad, 16 Oktober 2011

Di mana cantiknya seorang wanita?


Cantik itu mungkin pada sepasang mata yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi comel anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu, Panjantkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, bagaimanapun kita jaga,pelihara,belai dan tatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??


* Jadikan Ghadhul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
* Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
* Gunakan "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
* Pakaikan "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
* Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
* Hiasilah kedua tangan  anda dengan "Tawadhu" dan jari-jari anda dengan cincin "Ukhuwwah".
* Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "kesucian".
* Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Selasa, 11 Oktober 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran



Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran..
Jom kita cuba...^o^
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w. tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaj? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah(dtg daripada Allah sendiri bukan dicipta manusia).

Tip yang nak kongsi ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al_Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar..

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui juzuk 5 di halaman keberapa:
5-1= 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 X 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan,
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda lihat juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 19 di halaman keberapa:
10-1= 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 X 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan,
Jadi, Juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman keberapa:
23-1= 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 X 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi Juzuk 23 adalah pada halaman 442.

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama-sama kita kongsi kepada kawan-kawan kita,adik-adik kita, family kita supaya kita sama-sama mendapat pahala...

Sebarkan agar kita sama-sama mendapat pahala..:)

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja..tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

  1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah mahluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK ,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan...
  6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu menolak permintaan HambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.



Isnin, 10 Oktober 2011

Wanita dan Epal

Wanita ibarat Epal,
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah,
Tapi Epal yang tak mampu dibeli berada di Puncak,
Terkadang epal itu risau,
Kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya,
Dan mengugurkan diri menyembah tanah,
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
Sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya,
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu,
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi... :)



Wahai Lelaki

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :-
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dengan baik,
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih sayang padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥•Bersabarlah dengannya,
•.♥•Terimalah dan cintailah kekurangannya,
•.♥•Jadilah IMAM terbaik dan redhalah padanya...

....moga dia menunggumu di SYURGA sebagi bidadarimu..amiin..


~jOm berhenti mengeluh~

Begitu mudah sekali kita melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir kita tanpa kita sedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih di lautan dibiarkan.

Allah s.w.t. berfirman " Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menentukan jumlahnya"(An-Nahl:18). Disaat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebut kalimat Alhamdulillah sebagi tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikatnya. memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan, Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya : " Ya Allah! Masukanlah aku dalam golongan yang sedikit" doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya :"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! Masukanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang engkau boleh mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab : "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah Al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud. " Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar Al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri :"Wahai Umar,alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
SubbhanAllah. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang sedikit, Amin...
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."(Ibrahim:7)

Sabtu, 8 Oktober 2011

11 GOLONGAN AHLI NERAKA

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Naba ayat 18 :_

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah s.a.w. menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab :

"Ya Muaz,umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut :-


  1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
  2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
  3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
  4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
  5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Inilah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
  6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
  7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
  8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
  9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasab mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
  11. Mereka yang buta matanya dan hatinya,giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.  
Dan satu golongan yang masuk syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnma, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dalam keadaan bertaubat.

Di mana kita akan ditempatkan nanti??
mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam 11 golongan ahli neraka,nahuzubillah..
Hanya pada Allah s.w.t ku serahkan hidupku,ibadahku dan matiku.

Perhaps i stay on track, n the way i choose in my life is blessed by God way..aminn

Rabu, 5 Oktober 2011

Ayat 15

Apa itu ayat 15?? berdasarkan apa yang saya bace, ayat 15 terdiri dari 15 ayat iaitu ayat :-

  1. Ali Imran : 1-2 dan 18
  2. Al-An'am : 95
  3. Ar-Ra'd : 31
  4. Yasin : 82
  5. Al-Fatihah : 2
  6. Qaf : 15
  7. Al-Hadid : 4 dan 25
  8. At-Taghabun : 13
  9. Ath-Thalaq : 3
  10. Al-jinn : 28
  11. Al-Muzzammil : 9
  12. An-Naba : 38
  13. Abasa : 18-19
  14. At-Takwir : 20
  15. Al-Buruj : 20-22
setiap satu ayat di dalam ayat 15 nie terdapat khasiat yang tersendiri,yang boleh di amalkan dan insyaAllah akan termakbul dengan izin Allah s.w.t. sesungguhnya hanya padaNya kita meminta selain berusaha.khasiat-khasiatnya ialah :-

Ayat 1 : Mendapat ampunan dosa

"Alif laamim, allahu laa ilaaha illallah huwal hayyul qoyyum"

Apabila ayat ini dibacakan secara terus menerus kepada orang yg sakit, insyaAllah orang yg sakit itu akan mendapat keampunan dosa dari Allah s.w.t.

Ayat 2 : Hajat mudah dimakbulkan.

"Qaaiman bilqisthi dzaalikumullaahu fa-annaa tukfakuuna"

Jika ayat tersebut dibaca setiap malam,insyaAllah Allah s.w.t akan cepat memakbulkan hajat yg membacanya.

Ayat 3 : Ayat pengasih.

"Walau anna Qur'aanan suyyirot bihil jibaalu auquthti-at bihil ardhu au kullima bihil mauta balillaahil amru jamii-an"

Apabila ingin dicintai oleh semua orang sama ada lelaki atau perempuan, atau dari lawan berganti kawan,bacalah ayat ini 7x lalu sebutlah nama orang yang dimaksudkan,insyaAllah akan berhasil dengan izin Allah s.w.t.

Ayat 4 : memberi pengajaran kepada orang zalim

"innamaa amruhuu idzaa araada syai an an yaquula lahuu kun fayakuun"

Apabila ayat tersebut ditulis di sekeping kertas dan ditulis juga nama orang yang zalim,lalu kertas tersebut di tindih dengan batu,maka orang yang zalim tersebut akan mengalami sakit.Tapi perlu diingat perbuatan yang demikian adalah BERDOSA BESAR,dan Allah melaknat ummatnya yang menganiaya orang lain,dan Dia menyenangi umatnya yang pemaaf.

Ayat 5 : Untuk menunaikan segala hajat

"Alhamdulillaahi rabbil aalamiin"

baca sebanyak 7x sambil menahan nafas,dan sebutkan hajat,insyaAllah akan termakbul dengan izin Allah s.w.t.

Ayat 6 : Menawarkan racun

"Balhum fii labsiin min khalqin jadiidin"

baca sebanyak 7x pada 7 butir beras atau gandum dalam magkuk putih berisi air,lalu airnya diminumkan dan beras atau gandum tadi dimakankan pada orang yang terkena racun,dengan izin Allah s.w.t. racun akan tawar dengan cepat.

Ayat 7 : menawarkan racun

"Wahuwa ma-akum ainamaa kuntum wallaahu bimaa ta'maluuna bashiir"

dibacakan pada air kelapa hijau sebanyak 3x lalu diminumkan pada orang yang terkena racun,insyaAllah akan sembuh dengan izin Allh s.w.t.

Ayat 8 : Untuk terhindar dari bahaya dan diampunkan dosa

"Innallaaha qawiyyun aziizun. Allaahu laa ilaaha illa huwa wa alallaahi fal yatawakkalil mu'minun"

Dibaca dengan penuh keikhlasan dalam keadaa berwudhu, maka akan diampuni dosa-dosanya, dan jika di baca ketika hendak tidur, tidurnya akan dilindungi Allah dari segala bahaya kebakaran,kecurian,pembunuhan dsb,insyaAllah.

Ayat 9 : Untuk keselamatan dari penyakit menular.

"Wamayyatawakkal alallaahi fahuwa hasbuhuu innallaaha balighu amrihi qad ja-alallaahu likulli syai-in qadraan"

Apabila dibaca akan menjadi tangkal yang ampuh dan jika ayat ini ditulis pada kulit kijang tau harimau kemudian dimasukan dalam potongan buluh atau tabung lalu ditutup dan ditanam pada tengah kampung atau desa maka seluruh penduduk kawasan berkenaan akan selamat dari penyakit menular,insyaAllah.

Ayat 10 : untuk hajat duniawi dan ukhrawi cepat termakbul.

"wa ahaatho bimaa ladaihim wa ahshaa kulla syai-in 'adadan"

bila dibaca ayat ini sevcara bersanbung maka hajat duniawi dan ukhrawi insyaAllah akan segera termakbul.

Ayat 11 : untuk meredakan orang yang mengamuk/marah

"robbul masyiqi wal maghribi laa ilaaha illaa huwa fatta khidzhu wakiila"

dibaca pada 7 butir padi kemudian dibawa kepada orang yang sedang marah atau mengamuk maka kemarahan dan kebencian akan reda dengan sendirinya dengan izin Allah s.w.t.

Ayat 12 : Agar hajat cepat tercapai

"Laa yatakallaamuuna illa man adzina lahu rrahmaanu waqaala shawaaban"

bagi sesiapa yang mengamalkan ayat ini segala hajatnya akan cepat tercapai dan ditunaikan Allah s.w.t.

Ayat 13 : Untuk melumpuhkan perompak/penjahat

"Min ayyi syai in khalaqahuu min nuthfatin khalaqahuu faqaddarahuu"

Jika berhadapan dengan penjahat atau perompak,serahkan diri pada Allah s.w.t. Ambil debu kemudian baca ayat ini sebanyak 7x dan taburkan di sekeliling.InsyaAllah perompak atau penjahat tersebut akan kebingungan sesama sendiri.

Ayat 14 : Melemahkan pemerintah yang jahat dan kejam

"Inda dzil arsyil makiini"

baca 7x sambil menahan nafas ketika berhadapan dengan pemerintah yang zalim dan hembuskan pda pemerintah tersebut sambil memohon agar dilindungi dari kejahatan dan dimudahkan segala urusan denganya.

Ayat 15 : untuk membuka mangga atau ikatan.

"Wallaahu min waraa ihim muhithun bal huwa qur aanun majidun fii lauu hin mah fudhin"

jika kita kehilangan kunci,dan tidak boleh membuka mangga rumah misalnya maka bacalah ayat ini sebanyak 21x dan hembuskan pada mangga tersebut,insyaAllah mangga itu akan terbuka dengan izin allah.ia juga boleh digunakan untuk membuka ikatan tali atau rantai.Tapi harus diingat,ayat ini hendaklah digunakan pada jalan yang betul dan bukan digunakan bagi tujuan mencuri dan sebagainya.



Ayat 15 ini mengandungi pelbagai khasiat yang boleh kita amalkan dalam kehidupan harian kita,Oleh itu gunalah dengan cara yang betul serta yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t berserta usaha.Sesungguhnya Allah s.w.t. berhak ke atas sesuatu yang Dia kehendaki.insyaAllah.


p/s: sumber dipetik dari http://doaayatdanzikir.wordpress.com

Selasa, 4 Oktober 2011

Surah Al-Kauthsar

Semua orang mesti tahu dan hafal Surah Al-Kauthsar kan..surah paling pendek yang hanya mengandungi 3 ayat sahaja,Namun xsemua tahu apa rahsia di sebalik Surah tersebut.just nak share apa yang telah saya bace..

Surah pendek yang mengandungi 3 ayat nie diturunkan di Makkah yang bermaksud sungai di syurga,kolam sungai diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu.warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi dari kasturi.

surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih di atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat yang terkandung dalam surah ini yang boleh kita amalkan:-


  1. baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.
  3. jika sering sakit mata, seperti berair,gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  5. jika membaca 1000x rezeki kita akan bertambah.
  6. jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
insyaAllah semua akan kita perolehi setelah kita mengamalkanya dengan izin Allah s.w.t. 

jom baca sekarang

pantai sepat

hari minggu lepas hubby ajak pegi jalan2 dekat pantai sepat..xpernah pergi,so very excited nak tau rupa pantai sepat tue..macam sepat ker?? hehe..tujuan asal nak pergi pasar jer..tiba2 dalam kereta hubby ckap nak pergi pantai sepat pulak..wah suke ^o^

sampai jer kat sana...excited tengok kambing biri2..alahai manje nyer ko kambing..hilang seketika mood pantai timbul mood kambing pulak..adehh..

sampai jer,trus amik gambar,giler excited katakan..pas tue pergi beli makanan..duk tepi pantai alas kertas surat khabar,makan keropok leko + keledek goreng..memang terbaik..pnas2..ader la nampak uncle dgn aunty duk cari aper ntah tepi pntai..rupa cam lala..tapi bukan lala..katanya masak sup sedap..tp xpulak rasa teringin nak makan.. sambil duk2 ader la amik gmbar,so nie la hasilnya...



cantikan pemandangan kat belakang tue..terbaek..hehe..


haa..yg nie plak tandanya dah nak maghrib..dah2,jOm balik..lain kali kalau ada rezeki, pnjang umo kite datang lagi..tQ mr.D bwa saya jalan2 di hjung minggu..seronok :)


Isnin, 3 Oktober 2011

kawan baru..

taraa...

cOmey x kawan baru kite..cOmey kan..baru semingu kite bela dia...dia berenang ke sana sini, suka ati la tue..hehe..

nie la kawan dikala bosan di rumah sOrang diri..waktu suami tercinta xder di rumah..

walaupun dia xpndai cakap tp gelagat dia pn dah wat kite rasa happy..masa mula2 bela dia xmO makan,malu2 la tue..tp la nie..skejap jer dia makan dah abis..

kite bg dia nama kimO..kenapa kimO?? suka ati kite la,ikan kite..weee :) hehe..

ape pun kita nak ucap time kasih kat my luvly hubby halmi putra cOz bg kite bela kimO yg cOmey nie..

p/s : nanti kite nak bela kwan tuk kimO pulak yer..weee :)