"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah s.a.w. menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab :
"Ya Muaz,umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut :-
- Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
- Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
- Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
- Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
- Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Inilah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
- Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
- Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
- Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
- Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
- Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasab mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
- Mereka yang buta matanya dan hatinya,giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnma, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dalam keadaan bertaubat.
Di mana kita akan ditempatkan nanti??
mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam 11 golongan ahli neraka,nahuzubillah..
Hanya pada Allah s.w.t ku serahkan hidupku,ibadahku dan matiku.
Di mana kita akan ditempatkan nanti??
mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam 11 golongan ahli neraka,nahuzubillah..
Hanya pada Allah s.w.t ku serahkan hidupku,ibadahku dan matiku.
astagfirullah alazim..astagfirullah alazim..astagfirullah alazim.. ampuni aku ya allah... takutkn cyg..pas ni kt jgn lwt2kan s0lat k..saling ingat mengingati..
BalasPadamMuhasabah diri utk diriku juga.. adik aina..nanti kupas pula 18 golongan tidak diterima amalannya..
BalasPadam