Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Khamis, 27 Oktober 2011

Buat mata yang sedang menangis T_T


Mungkin ketika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air mata yang mengenangi kelopak matamu dan mengalir di pipi ialah anugerah Allah s.w.t. yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa, bersyukurlah kepadaNya kerana sehingga saat ini kau masih mampu menangis.

ADUH!!
Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan,sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya dan "mereka menyungkur (sujud) di atas muka bumi mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (surah Al-Isra':109)
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur akur dan bersujud dan menangis (Surah Maryam: 58)

DUHAI MATA YANG MENANGIS...
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisan mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit merbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur bahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan menguasai jiwa.SubhanAllah, hebat sungguh ciptaan air mata.

DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS...
tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan, ia meringankan ketegangan jiwa, ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban tersimpan.

Jika kau lelaki kenapa perlu malu pada tangisan?? mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punya hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayangNya Allah s.w.t. padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih banyak daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukan kau menangis empat kali lebih banyak dari lelaki. Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluarnya perarusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu, anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untyuk mencari ketenangan hidup. Dengarlah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah s.w.t." (Riwayat Ahmad dan Al-nasa'i)

1 ulasan: