Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Isnin, 10 Oktober 2011

~jOm berhenti mengeluh~

Begitu mudah sekali kita melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir kita tanpa kita sedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih di lautan dibiarkan.

Allah s.w.t. berfirman " Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menentukan jumlahnya"(An-Nahl:18). Disaat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebut kalimat Alhamdulillah sebagi tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikatnya. memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan, Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya : " Ya Allah! Masukanlah aku dalam golongan yang sedikit" doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya :"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! Masukanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang engkau boleh mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab : "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah Al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud. " Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar Al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri :"Wahai Umar,alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
SubbhanAllah. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang sedikit, Amin...
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."(Ibrahim:7)

2 ulasan:

  1. yup.. xbaik kan mengeluh.. kdg2 kita ni mengeluh jugak... sbb dh xleh nk brkata2 bila ada mslah.. huu... trnyata kita mnusia biasa .. lemahh...

    BalasPadam
  2. betul..kadang2 tanpa sedar kita sering mengeluh :)

    BalasPadam