Sabtu, 23 Jun 2012

Bertuahnya Wanita Hamil

Bertuahnya menjadi seorang wanita, apa lagi menjadi seorang wanita yang hamil, walaupun banyak dugaan untuk hamil dan dugaan berterusan sepanjang proses kehamilan hingga melahirkan, tapi ganjarannya membuatkan wanita berasa sangat istimewa menjadi seorang wanita apa lagi saat melihat si kecil yang dinanti-nantikan kehadirannya.

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil mendapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas  bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis, maka Allah memberinya pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.







Isnin, 23 April 2012

cantik vs perasan cantik

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat.

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',
Kecantikan wanita tidak bererti andai iman, taqwa dan ilmu padanya.

Tariklah perhatian Allah, jangan menarik perhatian lelaki yang tidak halal..

Rabu, 18 April 2012

Falsafah cinta 5 jari

Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah 5 jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan dihujungnya.

1. Ibu jari.

Cuba buka ibu jari telunjuk anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

2. Jari Telunjuk.

Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik - beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing - masing apabila tiba masanya. Tutup jari telunjuk.

3. Jari Kelingking

Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat laun apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan pergi meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

4. Jari Manis.

Dan sekarang cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan suami/isteri anda kecuali ALLAH, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda.

KESIMPULAN
Perkahwinan yang menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yang menanti di sana. Syurga dunia ini dilahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yang erkandung di dalamnya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

"Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan jadikan Nya anatar kamu kasih sayang dan rahmah". (Surah Ar-Ruum (30) ayat 21).

Jumaat, 30 Mac 2012

Ayah...

kali ni en3 utk ayah plak, apa yg kita tak tahu tentang seorang ayah..

Mungkin mak lebih kerap telefon menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan mak utk telefon kita..

Semasa kecil, maklah yang lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang dari kerja dengan wajah yg letih, ayahlah yg selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu ! jangan minum ais !". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau??.

Ketika kita remaja, kita meminta izin utk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata " tak boleh !".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya .. maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan perasaan yg sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah/kolej untuk belajar..
Disaat kita memerlukan itu dan ini untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak ayah memenuhinya... Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu, Ayah akan tersenyum dgn bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati2 mengizinkanya..dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangannya..ayah pun tersenyum bahagia..

Tanpa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis..

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa " Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..bahagiakanlah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya "..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang utk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita...

Rabu, 28 Mac 2012

Mak....

Mak  : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak  : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.
Anak : Apa tu mak?
Mak  : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat                sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti.
Anak : Mak! Janganlah.
Mak  : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..(Mak itu lantas                      mengalirkan air mata kasih :)