Selasa, 4 Oktober 2011

Surah Al-Kauthsar

Semua orang mesti tahu dan hafal Surah Al-Kauthsar kan..surah paling pendek yang hanya mengandungi 3 ayat sahaja,Namun xsemua tahu apa rahsia di sebalik Surah tersebut.just nak share apa yang telah saya bace..

Surah pendek yang mengandungi 3 ayat nie diturunkan di Makkah yang bermaksud sungai di syurga,kolam sungai diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu.warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi dari kasturi.

surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih di atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat yang terkandung dalam surah ini yang boleh kita amalkan:-


  1. baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.
  3. jika sering sakit mata, seperti berair,gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  5. jika membaca 1000x rezeki kita akan bertambah.
  6. jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
insyaAllah semua akan kita perolehi setelah kita mengamalkanya dengan izin Allah s.w.t. 

jom baca sekarang

1 ulasan: