Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Sabtu, 23 Jun 2012

Bertuahnya Wanita Hamil

Bertuahnya menjadi seorang wanita, apa lagi menjadi seorang wanita yang hamil, walaupun banyak dugaan untuk hamil dan dugaan berterusan sepanjang proses kehamilan hingga melahirkan, tapi ganjarannya membuatkan wanita berasa sangat istimewa menjadi seorang wanita apa lagi saat melihat si kecil yang dinanti-nantikan kehadirannya.

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil mendapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas  bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis, maka Allah memberinya pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.







Isnin, 23 April 2012

cantik vs perasan cantik

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat.

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',
Kecantikan wanita tidak bererti andai iman, taqwa dan ilmu padanya.

Tariklah perhatian Allah, jangan menarik perhatian lelaki yang tidak halal..

Rabu, 18 April 2012

Falsafah cinta 5 jari

Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah 5 jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan dihujungnya.

1. Ibu jari.

Cuba buka ibu jari telunjuk anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

2. Jari Telunjuk.

Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik - beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing - masing apabila tiba masanya. Tutup jari telunjuk.

3. Jari Kelingking

Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat laun apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan pergi meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

4. Jari Manis.

Dan sekarang cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan suami/isteri anda kecuali ALLAH, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda.

KESIMPULAN
Perkahwinan yang menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yang menanti di sana. Syurga dunia ini dilahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yang erkandung di dalamnya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

"Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan jadikan Nya anatar kamu kasih sayang dan rahmah". (Surah Ar-Ruum (30) ayat 21).

Jumaat, 30 Mac 2012

Ayah...

kali ni en3 utk ayah plak, apa yg kita tak tahu tentang seorang ayah..

Mungkin mak lebih kerap telefon menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan mak utk telefon kita..

Semasa kecil, maklah yang lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang dari kerja dengan wajah yg letih, ayahlah yg selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu ! jangan minum ais !". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau??.

Ketika kita remaja, kita meminta izin utk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata " tak boleh !".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya .. maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan perasaan yg sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah/kolej untuk belajar..
Disaat kita memerlukan itu dan ini untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak ayah memenuhinya... Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu, Ayah akan tersenyum dgn bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati2 mengizinkanya..dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangannya..ayah pun tersenyum bahagia..

Tanpa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis..

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa " Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..bahagiakanlah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya "..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang utk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita...

Rabu, 28 Mac 2012

Mak....

Mak  : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak  : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.
Anak : Apa tu mak?
Mak  : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat                sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti.
Anak : Mak! Janganlah.
Mak  : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..(Mak itu lantas                      mengalirkan air mata kasih :)

Sabtu, 19 November 2011

ingatlah!!!

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang...ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya,
Disaat kamu mula tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya,
Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya,
Disaat kamu ingin menduakannya...ingatlah jika dia selalu setia ,
Disaat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia selalu jujur denganmu,
Maka kamu akan merasakan erti dia buatmu,
Jangan sampai disaat dia sudah tiada disisimu,
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu,
Yang indah hanya sementara,
Yang abadi adalah kenangan,yang ikhlas hanya dari hati,
Yang tulus hanya dari sanubari,
Tidak mudah mencari yang hilang,
Tidak mudah mengejar impian,
Namun yang lebih susah mempertahankan yang ada,
Kerana walaupun tergenggam boleh terlepas juga.


Jumaat, 18 November 2011

Indahnya hidup jika bersama Allah s.w.t.

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..ALLAH sentiasa menunggu taubatmu...
Bila kamu telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil..ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman..ALLAH telah berada hampir denganmu untuk kurniakan kejayaan hakiki...
Hakikatnya hidup ini indah jika bersama ALLAH..




Khamis, 10 November 2011

10 Surah dapat menghalang daripada 10 ujian Besar Allah s.w.t.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah s.w.t.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah s.w.t pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindung kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasd dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Rabu, 2 November 2011

Masa yang sesuai untuk minum air.


Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk memasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Selasa, 1 November 2011

7 kalimah Allah s.w.t.


7 kalimat Sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa hafal 7 kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah s.w.t. dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut."


  1. Mengucap Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah setiap kali hendak melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.
  4. Mengucap InsyaAllah jika merancang berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa bilah jika menghadapi sesuatu tak disukai atau diingini.
  6. Mengucap Inna lilahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi atau menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah lidahnya.

Isnin, 31 Oktober 2011

Sebagai Renungan


Bukan kerana hari ini INDAH, kita BAHAGIA.. Tapi kerana kita BAHAGIA hari ini menjadi INDAH..
Bukan kerana tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS..Tapi kerana kita OPTIMIS, RINTANGAN menjadi tidak terasa.
Bukan kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH.. Tapi kerana kita YAKIN BOLEH maka semuanya menjadi MUDAH.
Bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM.. Tapi kerana kita TERSENYUM maka semua menjadi BAIK..
Tak ada hari yang menyulitkan kecuali kita sendiri yang membuatnya sulit...

Jumaat, 28 Oktober 2011

jOm solat!!


Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
Ruginya orang cantik tak solat, Saiditina Aisyah yang cantik pun solat.
Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad s.a.w yang miskin pun solat.
Ruginya kanak-kanak tak solat, Hasan dan Husin masa kanak-kanak pun solat.

p/s : Sesungguhnya solat  itu tiang agama.
       Jom kita solat, jangan sampai tiang agama kita roboh. Remember each other, wee :)

Khamis, 27 Oktober 2011

Buat mata yang sedang menangis T_T


Mungkin ketika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air mata yang mengenangi kelopak matamu dan mengalir di pipi ialah anugerah Allah s.w.t. yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa, bersyukurlah kepadaNya kerana sehingga saat ini kau masih mampu menangis.

ADUH!!
Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan,sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya dan "mereka menyungkur (sujud) di atas muka bumi mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (surah Al-Isra':109)
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur akur dan bersujud dan menangis (Surah Maryam: 58)

DUHAI MATA YANG MENANGIS...
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisan mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit merbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur bahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan menguasai jiwa.SubhanAllah, hebat sungguh ciptaan air mata.

DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS...
tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan, ia meringankan ketegangan jiwa, ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban tersimpan.

Jika kau lelaki kenapa perlu malu pada tangisan?? mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punya hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayangNya Allah s.w.t. padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih banyak daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukan kau menangis empat kali lebih banyak dari lelaki. Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluarnya perarusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu, anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untyuk mencari ketenangan hidup. Dengarlah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah s.w.t." (Riwayat Ahmad dan Al-nasa'i)

Selasa, 25 Oktober 2011

Buat Insan Yang Diuji.


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Engkau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi Ya Allah, hambamu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini Ya Allah.

Buat insan yang diuji,bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.Seperti Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, Ayat 214 bermaksud :

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan mahluk-mahlukNya).

Buat insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan engkau semakin dekat denganNya. Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya?
Bersyukurlah, bersukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah s.w.t.

Ahad, 23 Oktober 2011

~ Memilih Sahabat ~


Kita kena berkawan dengan semua orang tapi kita tidak boleh bersahabat dengan semua orang...

Daripada Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."

(Riwayat Al-Tarmizi dan Al-Hakim)

pengajarannya :-

Kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah sesuatu ketenangan dalam jiwa.

Rabu, 19 Oktober 2011

kahwin


KAHWIN HANTARAN MURAH> "ish! murahnya hantaran dia, nie mesti sengkek ni!"
KAHWIN HANTARAN MAHAL>"ish! mahalnya? nak jual anak apa??"
KAHWIN UMUR MUDA> "ish! muda-muda dah kahwin, nie mesti ader buat benda-benda tak baik nie..ntah2 dah termengandung!"
KAHWIN UMUR LAMBAT> "ish! dah tua baru nak kahwin, tue la muda-muda tak nak kahwin, orang dah beranak pinak dia baru nak kahwin..tak laku kOt!"
KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL> "ish! nie kahwin ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape. bukan selalu pun,buatlah besar sikit!"
KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR> "ish! besarnya majlis..kalah anak DATUK. nak berlagaklah tue, macam anak die je nak kawen kat dunia nie!"

Alahai manusia....manusia...



BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH S.W.T.!! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Betapa berharganya seorang WANITA ^o^


kenapa??

kerana...

ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita Tuhan??"

Tuhan menjawab, "Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua  tangannya mampu menjaga banyak anak pada masa yang sama, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan."

Malaikat menjawab dan takjub, "hanya denagn dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, " Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa??, tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begiru bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah s.w.t. berfirman :

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia harus menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia. Namun, harus cukup kuat lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain meyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh,"

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya,"

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT, HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU  LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


Isnin, 17 Oktober 2011

Nak jadi gula-gula yg mana??

Seorang lelaki non-muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim...

lelaki non- muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula di dalam koceknya, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. Kemudian dia lemparkan kedua gula-gula itu ke atas lantai. Lalu bertanya kepada lelaki non -muslim " Antara kedua-duanya mana satu yang kamu akan pilih?

Lelaki non- muslim : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan.

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati wanita agar lebih terpelihara dan istimewa.

Ahad, 16 Oktober 2011

Di mana cantiknya seorang wanita?


Cantik itu mungkin pada sepasang mata yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi comel anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu, Panjantkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, bagaimanapun kita jaga,pelihara,belai dan tatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??


* Jadikan Ghadhul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
* Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
* Gunakan "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
* Pakaikan "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
* Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
* Hiasilah kedua tangan  anda dengan "Tawadhu" dan jari-jari anda dengan cincin "Ukhuwwah".
* Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "kesucian".
* Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Selasa, 11 Oktober 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran



Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran..
Jom kita cuba...^o^
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w. tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaj? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah(dtg daripada Allah sendiri bukan dicipta manusia).

Tip yang nak kongsi ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al_Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar..

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui juzuk 5 di halaman keberapa:
5-1= 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 X 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan,
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda lihat juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 19 di halaman keberapa:
10-1= 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 X 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan,
Jadi, Juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman keberapa:
23-1= 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 X 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi Juzuk 23 adalah pada halaman 442.

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama-sama kita kongsi kepada kawan-kawan kita,adik-adik kita, family kita supaya kita sama-sama mendapat pahala...

Sebarkan agar kita sama-sama mendapat pahala..:)