Rabu, 18 April 2012

Falsafah cinta 5 jari

Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah 5 jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan dihujungnya.

1. Ibu jari.

Cuba buka ibu jari telunjuk anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

2. Jari Telunjuk.

Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik - beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing - masing apabila tiba masanya. Tutup jari telunjuk.

3. Jari Kelingking

Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat laun apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan pergi meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

4. Jari Manis.

Dan sekarang cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan suami/isteri anda kecuali ALLAH, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda.

KESIMPULAN
Perkahwinan yang menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yang menanti di sana. Syurga dunia ini dilahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yang erkandung di dalamnya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

"Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan jadikan Nya anatar kamu kasih sayang dan rahmah". (Surah Ar-Ruum (30) ayat 21).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan